MADAC Senarai Ubatan Yang Diperlukan Untuk Ladang Tenusu

 

SENARAI UBATAN YANG PERLU ADA UNTUK KEGUNAAN LADANG LEMBU TENUSU

  1. UBAT UNTUK RAWATAN LUKA
  2. PENYAKIT PENHADAMAN (CIRIT,KECACINGAN DAN KEMBUNG PERUT)
    2.1. UBAT CACING
  3. ANTIBIOTIK
    3.1. ANTIBIOTIK SHORT ACTING (SA)
    3.2. ANTIBIOTIK LONG ACTING (LA)
  4. SOKONGAN

 

PENGENALAN

Pengetahuan tentang ubatan dan kepentingannya amat penting untuk penternakan tenusu. Hal ini kerana penyakit tidak dapat dijangka bila ia menyerang ternakan. Justeru itu, bab ini membincangkan serba-sedikit ubatan yang perlu ada di dalam setiap ladang tenusu

 

1.UBAT UNTUK RAWATAN LUKA

ACRIFLAVIN

Ubat antibakteria untuk rawatan luka (luka terbakar, mastitis , kutu , foot rot, maggot wound)

Ubat antibakteria untuk rawatan luka, luka mastitis, serta rawatan dalam rahim

Dos: Disapu pada kawasan luka yang terbuka secukupnya dan diulang rawatan setiap hari sehingga sembuh.

 

HYDROGEN PEROXIDE

Larutan antiseptik dan penyah  bau untuk rawatan luka, sesuai digunakan untuk mencuci luka bernanah dan berongga.

Fungsi:

  1. Mengeluarkan kotoran tisu yang mati dan bernanah
  2. Membersih dan mengalirkan luka, luka berlubang dan abses
  3. Mencuci dan disinfek luka yang telah dijangkiti

Dos: Larutkan dengan campuran air dan hydrogen peroxide dengan nisbah 1:1 , gunakan kapas dan bersihkan kawasan luka dengan mencelup kapas kedalam larutan hydrogen peroxide sebentar tadi.

 

IODIN

Disinfektan

Fungsi:

  1. Luka kecil
  2. Abses
  3. Kurap
  4. Mencelup teat selepas pemerahan susu dilakukan
Dos: Tertakluk kepada penyembuhan penyakit. Untuk rawatan kurap larutan yang kuat  (5%) disapu berselang 5-7 hari dan dikerapkan dengan larutan cair (2.5%).

 

NEGASUNT POWDER

Serbuk rawatan luka akibat jangkitan miasis (maggot wound)

Fungsi:
1.         Luka

  1. Pencegahan luka dari dihurungi lalat, serangan maggot dan jangkitan
  2. menggalakkan granulasi
  3. membunuh lalat dan berenganya

Dos: Luka dan disekelilingnya perlu dibersihkan dahulu dengan hydrogen peroxide. Kemudian luka tersebut perlu dilitupi dengan serbuk negasunt yang nipis.

 

COPPER SULPHATE

Berbentuk serbuk hablur berwarna biru rawatan kuku, kurap dan rawatan akibat kekurangan zat kuprum

Fungsi:           

  • menutup saluran esophagus
  • emetik (muntah)
  • kurap
  • sakit kuku (foot rot)

 

Dos:

    Kekurangan zat kuprum - garam jilat (mineral blok)
    Kurap - disapu pada badan dengan larutan 1 – 2% dan disapu hari-hari
    Emetik - 1% larutan dengan ½ cawan diberi minum untuk mengatasi rasa mual
    Foot Rot

    - berdiri 20 minit dalam larutan 5% untuk 4-5 hari ulangan

 

POTASSIUM PERMANGANATE

Berbentuk hablur gelap, tidak berbau, berwarna unggu dan bila bercampur air menjadi ungu gelap atau merah muda

Fungsi:

    rawatan luka akibat nyah tanduk, patah tanduk

Dos:

    1 gm dicampur dengan 1 liter air dan   disapu pada luka.

 

2. PENYAKIT PENGHADAMAN (CIRIT, KECACINGAN, KEMBUNG PERUT)

SILIKEL

Untuk rawatan kembung kronik

Fungsi:

    Merawat kembung

Dos:

    Diberi secara Oral 50ml Diberi secara suntikan 20 -25ml

 

SCOURBAN PLUS

Rawatan untuk kecacingan dan diarea ( cirit birit )

Dos:

    Diberi secara oral

2.1 UBAT CACING BROADSPEKTRUM (MELUAS)

ALBENDAZOLE & FENBENDAZOLE

 

Albendazole , fenbendazole contoh ubat yang boleh digunakan untuk menangani penyakit kecacingan

Dos: pemberian melalui oral(minum). Sentiasa tukar jenis ubat yang digunakan setiap kali sesi rawatan bagi mengelakkan cacing memperolehi resistansi pada ubat tersebut

 

IVERMECTIN (IVOMEC)

Ubat endoparasit dan ektoparasit (Contoh : kutu & cacing ) yang luas spektrumnya (broadspektrum)

Dos: 1ml/50kg secara subkutaneus (bawah kulit) lembu dewasa.

Peringatan: gunakan Ivomec sebagai rawatan terakhir merawat kecacingan sekiranya ubat lain tidak berkesan bagi mengelakkan resistansi berlaku. Lembu tidak boleh disembelih dan susu tidak boleh diminum sehingga 28 hari dari tarikh suntikan (withdrawal period)

 

3. ANTIBIOTIK

3.1 ANTIBIOTIK SHORT ACTING (SA)

    1. PENICILIN

    Penicilin-Streptomycin

      a. Suntikan antibiotik broadspektrum

    Dos: 4-5ml/100kg berat badan melalui suntikan intramuscular atau subkutaneus

 

    2. Nova FDNP

    Suntikan antibiotik untuk rawatan colibacilliosis , leptospirosis, peritonitis, pneumonia dan lain-lain jangkitan

 

3.2 ANTIBIOTIK LONG ACTING (LA)

    1. OXYTETRACYCLINE

    Suntikan antibiotik broadspektrum dan berkesan merawat dalam masa 3-5 hari

    Dos: 1ml/10kg untuk lembu. Sila lihat tarikh withdrawal period agar ternakan tidak disembelih atau susunya diambil dari tarikh suntikan

 

    2. TERRAMYCIN PINK EYE AEROSOL

    Untuk rawatan akibat luka atau jangkitan pada mata

    Dos: semburan pada kawasan luka

4. RAWATAN SOKONGAN

    1. CATOSAL

    Ubat untuk merangsang metabolisma dan mengandungi vitamin B12

    Dos: 5-25ml untuk lembu dan anak lembu 5-12ml. Rawatan sokongan seperti ternakan lemah, kurus dan kekurangan sel darah merah dalam badan (anemia) , mandul atau tidak subur, kurang zat makanan, kurang selera makan, kekurangan pengeluaran susu, sebagai tonik untuk keletihan dan stress

     

    2. OXYTOCIN

    Hormon sintetik menggalakkan rangsangan gerakan uterus dan pengeluaran susu

    Dos: Lembu 4-5ml. mengecutkan rahim selepas beranak, menggalakkan penurunan susu, membantu kelahiran serviks dan lekat uri. Diberi secara intramuscular atau subcutaneous

    Peringatan: tidak boleh diberikan kepada ternakan diperingkat akhir bunting berkemungkinan akan menyebabkan gugur atau beranak awal.

     

    3. LINDORES

    Disinfektan yang berkesan ke atas bakteria fungi dan virus

    Dos: Disinfektan pada ladang tenusu; contoh nisbah (1 liter air : X lindores)

    Cuci tangan dan tetek sebelum perah

    1:300

    Kandang, tempat berjalan

    1:400

    Alatan memerah dan bekas

    1:600

     

 

    4. BERENIL

    Untuk kegunaan rawatan dan kawalan penyakit babesiosis, theileriosis, dan lain-lain parasit darah.

    Dos: disuntik secara intramuscular. 5-10ml/100kg berat lembu

 

    5. MASTIKEL

    Digunakan untuk secara suntikan terus ke ambing susu (intramammary) sebagai antibiotik merawat penyakit mastitis takut (kronik)

    Dos: Satu syringe mastikel untuk satu puting susu yang dijangkiti. Diulang sehingga sembuh

 

    6. DRYCLOXAKEL

    Sebagai rawatan sokongan untuk lembu mencapai masa kering (dry off) agar ambing susu tidak dijangkiti bacteria yang menyebabkan mastitis

    Dos: Semasa hampir di tahap pengeringan, perah sehingga habis keseluruhan susu. Kemudian suntik dycloxakel di setiap puting susu. Rawatan hendaklah dilakukan sekurangnya 35 hari sebelum lembu mengandung semula.